PELUANG PENJANAAN PENDAPATAN MELALUI PROGRAM USAHAWAN BISTARI MARA-AYAMAS

Program Usahawan Bistari MARA-AYAMAS merupakan gabungan kerjasama MARA dan Syarikat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. untuk menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi dan pembasmian kemiskinan Bumiputera.

Seramai 370 peserta daripada tujuh negeri (Perak, Pahang, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) yang dipilih daripada senarai e-Kasih layak menerima geran bantuan berjumlah RM3,000.00 untuk menjana pendapatan melalui perniagaan berasaskan produk Ayamas.

 

Majlis Pelancaran Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)  pada 11 Julai 2011 bertempat di Seri Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific. Turut hadir sama YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad (Ketua Pengarah MARA), Tuan Haji Kamaruzzaman bin Abu Kassim (Presiden/Ketua Eksekutif Johor Corporation) dan Tuan Haji Jamaludin bin Md. Ali (Pengarah Urusan KFC Holdings (M) Berhad).

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.