MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PARLIMEN SEMPORNA SEMPENA HARI GURU 2011


YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pembangunan Pendidikan Parlimen Semporna Sempena Hari Guru 2011 pada 25 Jun 2011 (Ahad) bertempat di Dewan Masyarakat, Semporna, Sabah.

Program sempena Hari Guru 2011 ini diraikan secara holistik dengan melibatkan pelbagai sudut pembangunan pendidikan.

Melalui program ini, penghormatan, penghargaan dan pengiktirafan kepada pada guru daerah Semporna akan disampaikan atas usaha mendidik anak bangsa di luar bandar di samping penyerahan bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah di daerah Semporna.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.