FESTIVAL PENGANTIN MARA 2011

YBhg. Datin Seri Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, Isteri YB Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah merasmikan Festival Pengantin MARA 2011 bertempat di Ruang Legar, Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula pada 23 hingga 26 Jun 2011 jam 10.00 pagi hingga 9.30 malam.

Festival yang menggunakan konsep Festival Pengantin Malaysia berlangsung selama empat hari ini akan menghimpunkan 60 usahawan yang terlibat dalam industri perkahwinan yang dapat menjadikan Medan MARA sebagai pusat perniagaan usahawan Bumiputera.  Program ini juga dijadikan sebagai one stop centre yang dapat menjadi satu wadah perkongsian pengetahuan inovasi dan strategi perniagaan.

Program anjuran MARA bersama syarikat pengurusan acara, DiRich Vision Sdn. Bhd. Ini turut mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Polis Diraja Malaysia serta DBKL.

Para usahawan akan menawarkan kad undangan perkahwinan, butik pengantin, cenderahati dan hantaran, pakej solekan dan spa, pakej katering, busana pengantin, perkhidmatan kursus perkahwinan, serta pakej fotografi pada harga istimewa. 

Pengunjung akan menyaksikan acara persandingan 6 pasang pengantin kalangan kakitangan MARA sendiri dengan enam konsep perkahwinan yang berbeza.

Pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa pakej berbulan madu selain dapat dihiburkan dengan persembahan Dafi, Altimet, Fabulous Catz dan Awie Rafael.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.