KEJAYAAN IKM TSYA DALAM PERTANDINGAN KONVENSYEN QE/5S PERINGKAT WILAYAH PANTAI TIMUR 2011

Pasukan 5S IKM TSYA telah berjaya memperolehi 3 Bintang dalam Pertandingan Konvensyen QE/5S Peringkat Wilayah Pantai Timur pada 28 Jun 2011 yang telah diadakan di Ryaz Heritage Resort Kuala Terengganu. Adakah dimaklumkan juga Anugerah 3 Bintang merupakan anugerah tertinggi dalam konvensyen tersebut dan dengan penganugerahan ini melayakkan IKM TSYA ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kebangsaan.

Pasukan 5S ini diketuai oleh Puan Suriati binti Abdul Samad, Cik Nor baithi binti Othman dan Cik Noor maizatulakma binti Kamaruddin. Pasukan ini telah bertanding dengan 9 jabatan kerajaan dan swasta di sekitar Pantai Timur.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.