IPMA RACE 2011 PENCETUS INOVASI DAN KREATIVITI PELAJAR

Buat julung kalinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan Perlumbaan Kereta Konsep Institusi Pendidikan MARA (IPMaRace) 2011 pada 10 hingga 12 Jun 2011 bertempat di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC), Ayer Keroh, Melaka.

IPMaRace 2011 bertujuan memberi peluang kepada institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa) terutamanya yang berteraskan kemahiran serta mempunyai kursus automotif bertanding dari peringkat pembinaan kereta konsep sehinggalah ke pertandingan dalam perlumbaan di ats litar. Antara objektif MARA mengadakan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran teknikal yang dipelajari dalam menghasilkan jentera lumba serta meningkatkan daya cipta dan inovasi pelajar serta pengajar supaya lebih inovatif dan kreatif.

Sebanyak 24 buah pasukan telah menyertai IPMaRace2011. Antaranya IKM Tan Sri Yahya Ahmad, IKM Jasin, IKM Beseri, IKM Besut, IKM Kuching, KKTM Ledang, IKM Kota Kinabalu, Politeknik Johor Bahru, KKTM Kuantan, Universiti Malaysia Perlis,IKM Sungai Petani, IKM Lumut, KKTM Kemaman, KKTM Balik Pulau, GIATMARA, KKTM Masjid Tanah, IK Johor Bahru dan IKM Kuala Lumpur.

Pemenang IPMaRace 2011:

Kategori Rekacipta & Inovasi:
1st-IKM Jasin (Jasin Tiger)
2st-KKTM Masjid Tanah
3st-KKTM Kemaman

Kategori Perlumbaan:
1st-IKM Tan Sri Yahya Ahmad
2st-IKM Jasin (Jasin Cobra)
3st-IKM Jasin (Jasin Tiger)

Juara Keseluruhan:
IKM Tan Sri Yahya Ahmad Pekan, Pahang

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.