PROGRAM “FINISHING SCHOOL” – KETERAMPILAN GRADUAN : BENGKEL KOMUNIKASI EFEKTIF DAN PAMERAN KERJAYA

Pada tanggal 1 – 3 Jun  2011 julung kalinya Pusat Sumber Kerjaya (PSK) Bahagian Hal Ehwal Korporat mengadakan program “Finishing School” –  Keterampilan Graduan : Bengkel Komunikasi Efektif  bertempat di Dewan Gemilang Mercu Idaman German- Malaysian Institute (GMI), Selangor.

Program “Finishing School” merupakan satu program untuk memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar. Antara kandungan program ini termasuklah personal grooming, English proficiency, soft skills, resume writing, interview skills dan sebagainya.   

Selaras dengan Kerangka Transformasi Strategik MARA 2011 – 2020, transformasi pendidikan MARA dilaksanakan melalui pendekatan akademik iaitu pewujudan pemimpin perniagaan awam, professional dan graduan cemerlang, pendekatan teknikal dan akademik iaitu melahirkan global competent technologist, teknousahawan dan pakar dalam pelbagai bidang. Graduan MARA perlu wujud sifat dan kebolehan keterbezaan berbanding dengan graduan yang lahir dari sistem pendidikan lainnya.

 

Program latihan insaniah (softskills), latihan kemahiran teknikal (hard skills), finishing school yang tidak diperolehi atau kurang diperolehi sepanjang pembelajaran kuliah ketika di Instutisi pendidikan, memberi nilai tambah kepada graduan memastikan mereka memiliki kebolehdapatan dan kebolehpasaran pekerjaan (graduate employability and marketability) terutama dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan – Government Linked Companies(GLCs) dan memperolehi pekerjaan berpendapatan tinggi.

 

Melalui program keterampilan graduan  yang berfokus kepada komunikasi efektif  dapat menyediakan bakal graduan MARA  dengan kemahiran insaniah, sikap, sahsiah kerjaya selaras dengan kehendak serta keperluan industri pekerjaan masa kini. Program sebegini juga dapat mengasah dan meningkatkan kemahiran graduan dengan kemahiran komunikasi secara efektif dan keterampilan kerjaya yang diperlukan oleh industi agar mereka lebih berkeyakinan dan profesional bagi tujuan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja. 

 

Program keterampilan graduan :  bengkel komunikasi efektif ini diadakan selama 2 hari . Seramai 250 orang pelajar tahun akhir dari German – Malaysian Institute (GMI), Kolej Saito, Kolej Poley-Tech MARA (KPTM) Bangi, Management Science University (MSU) telah mengikuti program ini.

 

Pada masa yang sama, pameran kerjaya dan temu duga  kerja terbuka  juga diadakan selama 2 hari. Sebanyak 22 buah syarikat telah turut serta dalam pameran kerjaya ini. Pameran kerjaya dan temu duga kerja terbuka ini bukan hanya dihadiri oleh pelajar tetapi terbuka juga kepada orang ramai. Dengan terhimpunya lebih 20 buah syarikat, sudah pasti ia akan memudahkan pelajar, gradúan untuk mencari laluan kerjaya yang bersesuaian mengikut kelayakan, jurusan, minat dan cita-cita masing-masing.

 

Program keterampilan graduan ini adalah sebahagian daripada inisiatif MARA lakukan sepanjang tahun. MARA juga turut mengadakan pelbagai program melalui usahasama dengan pihak swasta dan kerajaan. Sebagai contoh program Malaysia National ICT (MSC) Malaysia Job Camp anjuran Multimedia Development Corporation Sdn.Bhd (MDec). Seramai 8 orang graduan MARA telah mengikuti program latihan kemahiran dalam bidang IT dan kejuruteraan IT secara percuma dengan jayanya. Program-program yang telah diberikan seperti Microsoft Certified System Administrator, Cisco Certified Network Engineer (CCNA)  dan MCTS SQL Server 2005.

 

Selain itu, seramai 8 orang pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang telah lulus dalam ujian Aptitude Test (AP)  dan berjaya dalam sesi temu duga serta ditempatkan di cawangan Mesiniaga Berhad di seluruh  Malaysia. Kesemua pelajar KPM Beranang telah mengikuti latihan mulai bulan Jun 2011. Sekiranya mereka dapat memenuhi latihan selama 6 bulan ini dengan baik, mereka akan terus diberi peluang untuk bekerja di syarikat ini.      

 

Besarlah harapan MARA, agar semua program latihan peningkatan kemahiran insaniah, latihan kemahiran teknikal, latihan graduan, pameran kerjaya dan temu duga terbuka kerja ini akan terus memberi impak berganda dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran Negara dan dalam masa yang sama membuka peluang kepada seluruh Rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik dan sempurna.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.