EKSPO MARA “GAWAI SALES” PERINGKAT DAERAH LIMBANG

Ekspo MARA “Gawai Sales” Peringkat Daerah Limbang yang kedua telah diadakan dari 17 hingga 29 Mei 2011 di Limbang bagi tahun 2011. Ianya anjuran BPI Ibu Pejabat MARA dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah Limbang Pada ekspo kali ini, ianya dinamakan Ekspo MARA “Gawai Sales” bersempena sambutan perayaan Gawai di Sarawak.

Pada ekspo kali ini juga, ianya adalah bersempena dengan Perasmian MARA Uptown Limbang yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Hasbi bin Habibollah, Ahli Parlimen P221 Limbang pada 28 Mei 2011.

RTM Limbang telah berbesar hati untuk bersama MARA pada ekspo ini bagi menjalankan khidmat sosial dengan mengadakan aktiviti DJ Corner dan permintaan lagu bagi menarik para pengunjung.Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan diadakan, antaranya Pertandingan Karaoke, Pertandingan Catur Usahawan, Persembahan Karaoke, Persembahan “Live Band” oleh band-band tempatan, Pertandingan Karaoke Kanak-Kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun dan Persembahan Bermukun (Bergendang).

 

Turut hadir sama majlis perasmian Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rosdi bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA dan Encik Shazali bin Salleh,   Pengarah MARA Negeri Sarawak.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.