PERSIDANGAN PEGAWAI MARA DAERAH SE-MALAYSIA 2011

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Pegawai MARA Daerah Se-Malaysia pada 24 Mei 2011 (Selasa) jam 2.15 petang bertempat di Mahkotal Ballroom II, Hotel Istana, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Persidangan yang melibatkan penyertaan 112 orang peserta bermula dari 23 hingga 26 Mei 2011 ini bertujuan meningkatkan kefahaman Pegawai MARA Daerah berkenaan Kerangka Transformasi MARA 2011-2020 serta Hala Tuju MARA dalam rangka Pelan Pembangunan Induk Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Selain itu, persidangan ini juga merupakan platform perkongsian maklumat dan model kaedah baru dalam memperkukuhkan pengetahuan serta kemahiran Pegawai MARA Daerah sebagai frontliner penyampai program MARA.

Anugerah Pejabat MARA Daerah Cemerlang 2010 turut disampaikan di majlis perasmian persidangan ini.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Usahawan. Bookmark the permalink.