PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BANTUAN BENCANA BANJIR MARA 2011

Majlis Amanah Rakyat Negeri Johor (MARA) amat prihatin terhadap tragedi banjir yang menimpa empat daerah dalam negeri Johor. MARA Negeri Johor mengambil inisiatif mengadakan Program Khidmat Masyarakat Bantuan Bencana MARA negeri Johor 2011 bagi daerah yang terlibat dengan bencana banjir antaranya daerah Batu Pahat, Muar dan Segamat.

Program ini merupakan satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat MARA kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan khas. MARA Negeri Johor bersama-sama dengan semua Institusi Pendidikan MARA (IPMa) termasuklah Kolej kemahiran Tinggi MARA(KKTM), GIATMARA, maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) turut turun padang bagi membantu meringankan kepayahan yang ditanggungjawab oleh mangsa-mangsa banjir tersebut.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah majlis penyampaian bantuan wang ekhsan, membersih kawasan sekitar, membaikpulih pintu-pintu rumah dan membaiki kerosakan kecil elektrik di rumah.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.