MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2010 MRSM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal telah meraikan pelajar-pelajar  cemerlang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta ibu bapa/penjaga di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2010 MRSM pada 29 April 2011(Jumaat) jam 2.30 petang bertempat di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Seramai 30 orang pelajar MRSM yang berjaya mencatat keputusan cemerlang iaitu mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah menerima anugerah kecemerlangan di majlis ini.Seramai empat (4) orang pelajar program Ulul Albab MRSM yang berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dalam jangka masa dua (2) tahun turut diraikan dan menerima anugerah kecemerlangan.

Turut hadir sama YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan YBhg. Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.