PROGRAM MARA BERSAMA RAKYAT (MBR) DI PULAU BRUIT DARO SARAWAK

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie  bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program MARA Bersama Rakyat (MBR) pada 14 April 2011 bertempat di Pulau Bruit Daro, Sarawak.

 

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena Program MBR antaranya program membaiki rumah, program menjana pendapatan pemprosesan sesar unjur, program promosi Maktab Rendah sains MARA (MRSM) dan program khidmat komuniti GIATMARA. Selain itu,  GIATMARA juga menawarkan servis motosikal percuma kepada penduduk setempat.

 

Seramai 500 orang peserta telah bersama-sama memeriahkan Majlis tersebut. YB Menteri turut memberi amanat kepada semua peserta agar berusaha untuk mencapai aspirasi MARA dan kerajaan. YB Pengerusi MARA juga turut menekankan agar peserta dapat mengambil kesempatan dalam program yang dianjurkan ini agar masa depan rakyat di Pulau Bruit mampu dicorak dengan lebih baik dalam ucapan alu-aluannya.

 

Turut hadir  sama YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha KKLW dan  YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA.       

This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.