SPIKE TAWAR SEHINGGA RM500,000

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan SKIM Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) yang mampu menyediakan pembiayaan sehingga RM500,000 dengan tempoh urusan permohonan dan kelulusan yang mudah dan cepat.

Kontraktor kelas F, E dan D serta kontraktor bekalan, perkhidmatan dan elektrik boleh mendapat pembiayaan sehingga RM500,000 bagi mendapatkan modal untuk perniagaan melalui SPiKE. Skim ini  yang dijenamakan semula daripada Skim Pembiayaan Kemudahan Kontrak sejak 1995 itu membolehkan kontraktor mendapat kelulusan pinjaman dalam tempoh sehari selepas mendapat kontrak kerja, diikuti pemberian pembiayaan dalam tempoh masa 3 hari.

Tiujuan SPiKE diadakan adalah kerana skim yang diperkenalkan sebelumnya menimbulkan masalah kepada kontraktor kerana berdepan dengan masalah kelewatan bayaran hingga sebulan selepas lulus berikutan perlu membuat laporan dan analisis. Secara tidak langsung ia mewujudkan gangguan kepada proses kerja kontraktor dan menyebabkan mereka beralih daripada MARA ke syarikat kewangan lain untuk mendapatkan pembiayaan.

Melalui  SPiKE, ia bukan sahaja menyediakan kaedah permohonan yang cepat dan mudah kepada kontraktor, tetapi mengenakan kadar keuntungan terendah iaitu sebanyak 6%.

Berita Harian

Pusat Maklumat Rakyat

This entry was posted in Berita Kejayaan, Usahawan. Bookmark the permalink.