KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2011 PERINGKAT DAERAH SEMPORNA

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Pendidikan MARA 2011 Peringkat Daerah Semporna pada 3 April 2011 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Semporna Sabah.

Karnival yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar Semporna.

Sempena majlis ini juga, seramai 86 orang pelajar cemerlang SPM/STPM Daerah Semporna telah diraikan dengan pemberian sumbangan dari Yayasan Semporna, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) serta Amanah Saham MARA Berhad (ASMB).

This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.