MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA INSTITUSI PERBANKAN

Majlis Makan Malam MARA Bersama Institusi Perbankan disertai oleh Ketua Pengarah MARA, beberapa pengurusan MARA terlibat dan Ketua Pegawai Eksekutif/wakil Anak Syarikat MARA dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Institusi Perbankan seperti Bank Rakyat, Bank Muamalat, RHB Islamic Bank, Bank Islam Malaysia Berhad, Public Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Bhd dan CIMD Bank Berhad.

Majlis Makan Malam ini adalah sebagai jalinan kerjasama dan kemesraan yang dapat dipereratkan di antara Institusi Perbankan dan MARA sebagai pelanggan. Jalinan hubungan baik seperti ini dapat diperluaskan dan menjadi titik tolak kepada merintis kerjasama dalam bidang-bidang lain yang boleh diterokai dan memberi manfaat kepada semua.

Selain itu juga, majlis ini dapat mewujudkan usahasama MARA dengan Institusi Perbankan bagi membantu anak-anak syarikat MARA dalam pembangunan dan pelaksanaan projek-projek khas.

This entry was posted in Korporat, Usahawan. Bookmark the permalink.