PEMBELAJARAN SMART DORONG FAHRULRADZI DAPAT 9A+

Fahrulradzi Bukhari, Pelajar terbaik MRSM Pengkalan Chepa

Fahrulradzi Bukhari, Pelajar terbaik MRSM Pengkalan Chepa

Pembelajaran secara ’smart’ mendorongnya mencapai kejayaan sehingga memperolehi 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

 

Mohd Fahrulradzi Bukhari, 17, antara pelajar terbaik MRSM Pengkalan Chepa berkata, amalan pembelajaran secara ’smart’ membolehkannya berfikir secara matang, mengetahui mana mata pelajaran yang kurang mantap dan mampu menilai prestasi pelajaran sendiri.

 

”Inilah rahsia kejayaan saya pada SPM kali ini dan selepas itu semuanya perlu meminta pertolongan daripada Allah”

 

”Saya menjanka hanya memperolehi 9A sahaja dalam keputusan peperiksaan tetapi saya terkejut apabila pengumuman hari ini saya mendapat 9A+,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Beliau berkata, aktif dalam kokurikulum juga tidak menghalangnya untuk berjaya dalam SPM kerana ia sebenarnya telah memangkinkan diri supaya belajar lebih bersungguh-sungguh, yang pernah menjadi Johan Debat Kepenggunaan Peringkat Negeri Kelantan tahun lalu.

 

” Ibu bapa banyak mendorong termasuk menilai sendiri prestasi pembelajaran saya” kata beliau.

 

Menurutnya, cita-cita pada masa depannya adalah untuk menjadi seorang ahli ekonomi kerana tertarik dengan cara dan pendekatan yang dilalui oleh bapanya.

 

Utusan Malaysia, 24/03/2011

This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.