GURU-GURU BERPENGALAMAN MENCEMERLANGKAN PELAJAR

Munirah Izzah

Munirah Izzah, Pelajar terbaik MRSM Pengkalan Chepa.

“Guru-guru yang berpengalaman dan begitu mengambil berat soal pendidikan menjadikan saya begitu bersemangat untuk belajar sehingga mencapai kejayaan sehingga muncul sebagai pelajar terbaik MRSM se-Malaysia.”

 

Kebanyakan guru-guru di MRSM Pengkalan Chepa bukan setakat mendidik malah menjadikan pelajar-pelajarnya benar-benar faham setiap subjek yang dipelajarinya,” kata Munirah Izzah Mohamad, 18 tahun dari MRSM Pengkalan Chepa  yang mendapat 9A+ dalam peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini.

 

Di samping itu, dorongan ibunya Salmi Yaacob turut menjadi inspirasi untuk beliau belajar lebih bersungguh-sungguh.

“Saya berasa amat takut jika saya tidak dapat menunaikan amanay yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa saya kerana kesemua menjadi pemangkin untuk saya berjaya dengan cemerlang lagi.” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.”

 

Munirah Izzah mendapat keputusan A+ dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Agama Islam, Sejarah, Fizik, Biologi dan Kimia.

 

“Saya tidak menjangka dapat keputusan keseluruhan A+ walaupun saya hanya mendapat 9A dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.” Katanya.

 

Munirah Izzah mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini. Katanya, antara faktor lain yang mendorong kejayaanya ialah sikap tidak ’berkira’ dalam mengulangkaji pelajaran.

 

“Apabila ada masa yang sesuai dan terluang kita perlu mengulangkaji pelajaran membolehkannya benar-benar faham apa yang diajar oleh guru-guru.”

 

“Kalau kita tidak faham kita tidak boleh malu bertanya kerana ia boleh mencetuskan suasana yang meyakinkan terhadap apa sahaja yang dipelajari dan menjadikan suasana semasa belajar begitu menyeronokkan,” katanya.

Utusan Malaysia, 24/03/2011

This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.