MAJLIS PELANCARAN LALUAN BAS MARALiner MERLIMAU-JASIN

Usaha MARA dalam meningkatkan lagi keselesaan hidup rakyat diteruskan lagi melalui Pelancaran Laluan Bas MARA Liner Merlimau-Jasin. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan YB Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna mewakili YAB Ketua Menteri Melaka pada 4hb Mac 2011 (Jumaat) jam 10.00 pagi bertempat di Perkarangan PMM Mall, Politeknik Merlimau, Merlimau Melaka.

 

Encik Md Rahim Salim, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA serta Tuan Haji Hamichan bin Zain, Pengarah Kenderaan MARA turut hadir di majlis ini. Semoga peranan yang dimainkan oleh MARA dalam bidang pengangkutan awam ini dapat menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi masyarakat luar bandar khususnya masyarakat Bumiputera

This entry was posted in Korporat, Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.