MISI BANTUAN KESELAMATAN PELAJAR TAJAAN MARA MESIR DI JEDDAH

 

Berikutan daripada rusuhan yang telah berlaku di Mesir, kerajaan  Malaysia telah memutuskan semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk di bawa pulang ke Malaysia. Mereka ini akan ditempatkan di Jeddah sebagai pusat operasi dan transit sebelum di bawa pulang ke Malaysia.  Misi membawa pulang ini bermula pada 3 Februari 2011.

Wisma Putra telah menetapkan Pusat Tabung Haji di Madinatutul Hujjaj sebagai pusat pengumpulan pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir. Di sini juga adalah sebagai tempat sebaran maklumat dan laporan terkini status misi bantuan ini. MARA telah menghantar 3 wakil bagi urusan membantu pelajar-pelajar yang tiba dari Mesir ke Jeddah iaitu Tn Hj Kamis B Mahawi, En. Nik Syuharul Apizo B Safien dan Cik Noor Azira Bt Misnan yang bermula padai 3 sehingga 12 Februari 2011.

Pihak MARA telah bekerjasama dengan Wisma Putra, Pihak Konsulat, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Tabung Haji, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Persatuan Melayu Republik Mesir (PMRM) sepanjang berada di Jeddah. Pihak MARA juga telah terlibat sama dalam mengaktifkan bilik gerakan dalam misi keselamatan di Madinatul Hujjaj, Jeddah.

Difahamkan seramai 10,328 pelajar Malaysia  menuntut di Mesir, yang mana daripada jumlah tersebut  seramai 1,149 terdiri daripada pelajar tajaan MARA yang menuntut di 7 buah universiti dari bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Walau bagaimanapun, terdapat pelajar yang tidak kembali ke Malaysia. Pelbagai program telah diaturkan untuk memastikan misi bantuan keselamatan pelajar Malaysia berjalan dengan lancar

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.