MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM PERANTISAN GIATMARA-EPU & SEMINAR KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN MARA PERINGKAT NEGERI MELAKA

YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Program Perantisan GIATMARA-EPU & Seminar Kerjaya dan Keusahawanan MARA Peringkat Negeri Melaka pada 6 Februari 2011 bertempat di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau Melaka.

Seramai 150 peserta Program Perantisan GIATMARA-EPU Peringkat Negeri Melaka telah menerima sijil tamat program manakala seramai 200 orang usahawan serta penduduk sekitar Merlimau telah menerima sijil penyertaan Seminar Kerjaya dan Keusahawanan MARA di majlis ini.

Sempena majlis ini juga YB Timbalan Menteri KKLW turut menyampaikan Cek Pembiayaan Perniagaan MARA Negeri Melaka kepada lima (5) orang penerima dengan jumlah pembiayaan keseluruhan berjumlah RM 140,000.

Selain itu, seramai tiga (3) orang pelajar turut menerima cek Pinjaman Pendahuluan Pelajaran MARA di majlis ini.

This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.