MAJLIS MAKAN MALAM DAN AMANAT YB PENGERUSI MARA BERSAMA WARGA KERJA MARA JOHOR

YB Pengerusi MARA bersama warga KKTM Sri Gading

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyempurnakan Majlis Makan Malam dan Amanat Pengerusi MARA Bersama Warga MARA Johor pada 22 Januari 2011 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Seramai 500 orang warga serta wakil-wakil pusat pentadbiran MARA Johor telah menghadiri majlis ini. Di dalam amanatnya, YB Pengerusi menyeru agar warga MARA menyelami serta memahami peranan MARA sebagai Badan Amanah Bumiputera dan terus melipat gandakan usaha dalam memartabatkan kaum Bumiputera.

Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading, Tuan Haji Rosdi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Encik Ahmad bin Sokirin, Pengarah MARA Negeri Johor serta pengawal-pengawal pusat pentadbiran MARA Negeri Johor.

This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.