MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MARA DAN UNIT INOVASI KHAS (UNIK) PEJABAT PERDANA MENTERI

Pertukaran Dokumen antara Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dan Dato’ Dr. Kamal Jit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas Pejabat Perdana Menteri (UNIK).

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pakatan Strategik antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Unit Inovasi Khas (UNIK) pada 11 Januari 2011 bertempat di Teater, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

MoU ini membolehkan MARA dan UNIK bekerjasama serta memberi khidmat nasihat kepada usahawan Bumiputera, pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa), anak-anak syarikat MARA dan warga kerja MARA dalam keberhasilan inovasi-inovasi yang berkualiti sama ada dalam bentuk teknikal atau pengurusan yang dapat dikomersilkan dan seterusnya menjadikan MARA penggerak inovasi di kalangan Bumiputera selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi.

Turut hadir sama, YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA.

Galeri Foto

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.