PMR 2010 – MRSM TETAP UNGGUL

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA),  Haji Ibrahim Ahmad membuat kenyataan rasmi di ibu pejabat MARA hari ini mengenai pencapaian keputusan  peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi  tahun 2010 :-`

Pencapaian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam peperiksaan PMR 2010 adalah cemerlang dan bertambah baik berbanding dengan pencapaian pada tahun 2009 iaitu dari GPM 1.0992 kepada 1.0531.

Ini membuktikan MRSM sekali lagi telah berjaya mengekalkan prestasi kecemerlangannya dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Pada tahun ini seramai 5068 orang pelajar Tingkatan Tiga dari 36 buah MRSM telah menduduki peperiksaan tersebut. Terdapat 20 buah MRSM telah mencapai keputusan cemerlang iaitu lebih daripada 60% pelajarnya mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding dengan PMR pada tahun lepas, hanya 15 buah MRSM.

Dari segi kecemerlangan, 61.74% (3129 orang pelajar) telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran iaitu bertambah sebanyak 2.71% berbanding dengan hanya 59.03% pada tahun 2009.

MRSM cemerlang mengikut pencapaian Gred Purata Sekolah (GPM)

Pada tahun ini, MRSM Pasir Tumboh merupakan MRSM cemerlang dengan mendapat peratus tertinggi iaitu 92.20% orang pelajar telah mendapat gred A bagi semua mata pelajaran, diikuti oleh MRSM Pasir Salak 81.20% dan MRSM Kuala Klawang 79.90%.  

Nilai Gred Purata Maktab (GPM) untuk keseluruhan MRSM pada tahun ini ialah 1.0531MRSM Pasir Tumboh mencatatkan pencapaian terbaik iaitu 1.0115 diikuti oleh MRSM Pasir Salak 1.0310, MRSM Kuala Klawang 1.0428 dan MRSM Kuala Kubu Bharu 1.0461Lapan Belas (18) buah MRSM menunjukkan peningkatan dari segi nilai Gred Purata Maktab (GPM).

MRSM cemerlang mengikut pencapaian  Gred A semua mata pelajaran

16 buah MRSM menunjukkan peningkatan dalam pencapaian peratusan pelajar yang mendapat semua A.  MRSM Besut mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 30.53%.

Pencapaian minimum 6A 2B (Matematik A Sains A)

Bilangan pelajar MRSM yang mendapat pencapaian mengikut syarat minimum 6A 2B (Matematik A Sains A) ialah seramai 4438 orang atau 87.57% berbanding dengan 3498 orang atau 84.70% pada tahun lepas.

Pencapaian subjek mengikut Gred A

Dalam peperiksaan PMR kali ini, empat (4) mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan peratus pencapaian gred A iaitu Sains (+3.9%), Bahasa Inggeris (+2.6%), Bahasa Melayu (+2.0%), dan Sejarah (+1.8%)   Lebih membanggakan apabila beberapa buah MRSM memperoleh pencapaian 100% gred A dalam enam mata pelajaran yang berikut: 

Bil. Subjek MRSM
  1.  
Bahasa Melayu Balik Pulau, Serting, Pengkalan Hulu
2.  Matematik Pengkalan Hulu, Pasir Tumboh
3. Sejarah Kuala Berang
4.  Geografi Pasir Tumboh
5. Kemahiran Hidup Kuala Berang, Alor Gajah, Kuala Kubu Bharu, Beseri, Kuala Lipis, Gemencheh, Gerik, Langkawi, Muadzam Shah, Pasir Salak, Pasir Tumboh, Pendang, Pontian, Tawau, Terendak, Transkrian
6.  Pendidikan Islam Pasir Tumboh

Pihak MARA merasa bangga atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh semua pelajar MRSM.   Kejayaan cemerlang yang dicapai dalam peperiksaan PMR 2010 menjadi ukuran kemantapan sistem pendidikan MRSM dan kejituan usaha berterusan semua pihak dalam MARA bagi memastikan bidang pendidikan terus cemerlang.

This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.