MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA MARA DAERAH MUAR 2010

TKPU menyampaikan bantuan Kembali Ke Sekolah ketika Majlis Perasmian Karnival Pendidikan dan Kerjara MARA daerah Muar.

YBhg. Tuan Haji Abdul Rahim bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Usahawan MARA mewakili YB Dato’ Razali bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan Majlis Perasmian Karnival Pendidikan dan Kerjaya MARA Daerah Muar 2010 pada 18 Disember 2010, jam 9.30 pagi bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor.

Karnival ini berlangsung dari  18 hingga 19 Disember 2010 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Pelbagai acara diadakan antaranya seminar daripada Institusi Pendidikan MARA(IPMa) dan IPTS, demonstrasi solekan dan gaya rambut, servis motosikal dan rawatan refleksologi oleh GIATMARA.

This entry was posted in Korporat, Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.