MARA BERSAMA RAKYAT (MBR) DI GUA MUSANG

 

YB Dato’ Paduka Norzula Bin Mat Diah, ADUN Paloh telah sudi hadir menyerikan program Mara Bersama Rakyat pada 25 Oktober 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Bandar Baru Gua Musang. Seramai 500 orang peserta telah hadir memeriahkan majlis tersebut. 

 

Turut hadir Pengarah Pembiayaan Perniagaan MARA iaitu Encik Hasan Mohd Amin dan Puan Hajah Mariam Majid, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia.  Majlis bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 ptg. YB ADUN Paloh  menyarankan kepada semua peserta agar sentiasa berusaha untuk mencapai aspirasi MARA dan kerajaan. Manakala Encik Hasan Mohd Amin dalam ucapannya menekankan agar para peserta dapat mengambil kesempatan dalam program yang dianjurkan ini agar masa depan Rakyat Gua Musang kelak mampu dicorak dengan lebih baik.

Antara program-program yang telah berlangsung sepanjang hari sempena program MARA Bersama Rakyat adalah seperti Pameran Kesihatan, Pameran Jabatan Pertahanan Awam, Pameran Produk Permata Hijrah, Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Promosi Jualan dan Demo Produk Usahawan Bumiputera, Pameran dan taklimat berkaitan Institut Pendidikan MARA(IPMA). GIATMARA juga turut menawarkan servis motosikal percuma kepada penduduk setempat dan bantuan baik pulih rumah di Daerah Gua Musang.

Selain itu, MARA dan Yayasan Pelajaran MARA(YPM) turut menghulurkan bantuan beg sekolah, alat tulis dan kewangan untuk keluarga yang terpilih bagi mengurangkan bebanan ibu bapa untuk persiapan awal persekolahan nanti.

Antara pelajar yang menerima sumbangan.

 

This entry was posted in Korporat and tagged , . Bookmark the permalink.