MAJLIS PENUTUP SEMINAR KEUSAHAWANAN MARA

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal telah menyempurnkan Majlis Penutup Seminar Keusahawanan MARA pada 25 Oktober 2010 bertempat di Ballroom, Hotel Sanbay, Sandakan, Sabah.

 

Seminar sehari ini merupakan salah satu usaha MARA untuk menggalak serta memberi bantuan kepada mereka yang terlibat melalui penerangan mengenai kemudahan-kemudahan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA. Seramai 150 peserta meliputi para usahawan sekitar Sandakan, para peserta program e-kasih serta pelajar-pelajar GIATMARA sekitar telah mengikuti seminar ini.

 

Sempena majlis ini juga, YB Menteri turut menyampaikan Sumbangan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA kepada 100 pelajar miskin daerah Sandakan. Majlis turut dihadiri YBhg. Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan, Ketua Pengarah KEMAS serta YBhg. Tuan Haji Abd Rahim Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA.

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.