MAJLIS GRADUASI MRSM BALIK PULAU KALI KE-24

Mohamad Syazlan bin Mohd Saidi dianugerahkan Tokoh Pelajar dan Anugerah Terbaik Akademik disandang oleh Nurul Atiyah binti Zainul Ariffin.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas telah sudi hadir menyerikan Majlis Graduasi ke-24 pada 19 Oktober 2010 di MRSM Balik Pulau.

Seramai 118 pelajar telah berjaya dianugerahkan sijil Graduasi. Dalam ucapan TYT DiPertua, beliau mengamanahkan kepada semua pelajar agar berusaha untuk mencapai aspirasi MARA dan pelajar MRSM hendaklah mengharumkan nama MRSM hingga ke peringkat antarabangsa. Turut hadir Timbalan Pengarah Kurikulum Bahagian Latihan Pendidikan Latihan Menengah MARA, Tuan Haji Arshad Omar.

    

Kemuncak acara menyaksikan Mohamad Syazlan bin Mohd.Saidi dianugerah Tokoh Pelajar dan Anugerah Terbaik Akademik disandang oleh Nurul Atiyah binti Zainul Ariffin atas kecemerlangannya dalam memperoleh Anugerah Penghormatan Pengetua empat semester berturut-turut.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.