MINGGU BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT IPMA 2010

YBhg. Ketua Pengarah MARA menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Sambutan Minggu Bahasa Kebangsaan Peringkat IPMa 2010

Sambutan Minggu Bahasa Kebangsaan Peringkat IPMa 2010 buat julung kalinya telah diadakan pada 15 hingga 17 Oktober  2010 bertempat di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Johor. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi MARA dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebanyak 15 buah institusi pendidikan MARA yang menyertai Sambutan Minggu Bahasa Kebangsaan yang pertama kalinya diadakan. Antara institut pendidikan yang terlibat adalah 6 buah Kolej Profesional MARA, 3 buah Kolej MARA dan 6 buah Kolej Poly-Tech MARA.

 

Sebanyak 6 acara pertandingan dipertandingkan dalam Sambutan Minggu Bahasa Kebangsaan iaitu Pertandingan Mengarang Esei dan Puisi, Pertandingan Pidato, Pertandingan Deklamsai Sajak, Pertandingan Pantun dan Pertandingan Nyanyian Lagu Puisi. Kesemua pertandingan ini telah dihakimi oleh Persatuan Penulis Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.

 

Majlis Perasmian Penutupan Sambuatan Minggu Bahasa Kebangsaan ini telah diadakan Ucaptama oleh Y.Bhg Dato’ A.Aziz Deraman, Mantan Ketua Pengarah MARA dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Ibrahim Bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA. Secara Keseluruhannya, Kolej Profesional MARA Bandar Penawar berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Sambutan Minggu Bahasa Minggu Kebangsaan Peringkat IPMa 2010 selepas memenangi  Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Puisi, Johan Pertandingan Menulis Puisi, Naib Johan dan Ketiga Pertandingan Mengarang Esei, Ketiga Pertandingan Pidato dan Keempat Pertandingan Mendeklamasi Sajak. 

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.