SEMINAR PROGRAM SISWA NIAGA KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN KOLEJ MARA SE MALAYSIA 2010

Penyampaian cenderamata kepada TKP Usahawan MARA

 

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA telah mengadakan Seminar Program Siswa Niaga Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA (KM) Se-Malaysia 2010 pada 24 hingga 26 September yang lalu. Seminar ini telah diadakan di Kolej Profesional MARA Ayer Molek yang melibatkan pelajar-pelajar KPM dan KM seluruh Malaysia.



Ucaptama oleh YBhg. Datuk Stapa Omar (DCL)

Ceramah oleh Tn. Hj. Mohd Din (UTAS Travel)

Taklimat cash flow oleh Pn. Syirin.

Pada Majlis Penutup Seminar Keusahawanan ini, seramai 174 orang pelajar telah menerima sijil penyertaan daripada YBhg. Tuan Haji Abd Rahim Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA. Beliau berharap melalui seminar ini, ia dapat menyuburkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar IPMa serta menggalakkan para pelajar menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan di masa hadapan.

This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.