MAJLIS BERBUKA PUASA RERINGKAT IBU PEJABAT MARA 2010

 

YB Menteri KKLW dan YB Pengerusi MARA bersama anak-anak yatim ketika Majlis Berbuka Puasa MARA 2010.

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Ibu Pejabat MARA telah diadakan pada 1 September bersamaan 22 Ramadan 1431 Hijrah bertempat di Ruang Legar Ibu  Pejabat MARA Kuala Lumpur. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Seramai 400 orang jemputan telah hadir berbuka puasa bersama-sama  dalam majlis tersebut.

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah turut juga menyampaikan sumbangan kepada 44 orang anak yatim Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) dari Sekolah Kebangsaan Selayang Bharu (1), Batu Caves, Selangor dan juga anak-anak yatim kakitangan MARA.

Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan 4 buah lagu dari kumpulan nasyid UNIQ. Selain itu, solat maghrib, isyak dan tarawih dalam majlis ini diimamkan oleh Qari-qari yang menjuarai Akademi Quran di TV 9 iaitu YBhg. Ustaz Abdullah Fahmi bin Abdullah, Johan Akademi Quran Musim Pertama TV9, YBhg.Ustaz Amir bin Rahman Naib Johan, Qari Peringkat Kebangsaan 2007 dan YBhg. Ustaz Tarmizi bin Abd Rahman, Tempat ke-3 Akademi Quran Musim Ke-3 TV9. Manakala YBhg. Ustaz Nor Naemi bin Md Som, Johan azan peringkat kebangsaan menjadi bilal semasa solat tarawih. Majlis  tersebut berakhir pada pukul 11.00 malam dan diakhiri dengan moreh.

Galeri Foto

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.