SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53 DAN PENGHAYATAN RAMADAN PERINGKAT IBU PEJABAT MARA

YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA ketika memasang bendera sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Ibu Pejabat MARA 2010

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melancarkan Sambutan Kemerdekaan Ke-53 dan Penghayatan Ramadan Peringkat Ibu Pejabat MARA pada 19 Ogos 2010 bertempat di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA. Program yang berjalan selama dua hari pada 19 dan 20 Ogos 2010 telah berlangsung dengan meriah di dalam kesederhanaan Ramadan.

Antara pengisian program ini adalah “Bicara Tranformasi” yang bertajuk Penghayatan Ramadan Pencetus Transformasi Negara Bangsa Merdeka. Bicara Tranformasi tersebut telah mengupas berkaitan sejarah peristiwa-peristiwa kemerdekaan lampau yang membawa kepada trasnformasi minda anak bangsa, cara membentuk peribadi muslim yang berkualiti demi membangkitkan semangat Negara Bangsa Merdeka dan persediaan-persediaan bagi mentransformasikan pemikiran dan tindakan anak bangsa. Bicara Tranformasi tersebut telah dikupas dengan baik oleh 2 orang ahli panel iaitu Cr Haji Hushim Salleh(Motivator TV3) selaku Panel 1 dan Dato’ Ustazah Nor Bahiyah Mahamood sebagai Panel 2  serta Ustaz Zawawi Ismail dari Universiti Malaya. Bicara Tranformasi telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan UNIQ.

Tahlil Sempena Kemerdekaan berlangsung pada 20 Ogos 2010. Majlis tersebut diketuai oleh Ustaz Mazlan Hashim, Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah. Setelah selesai majlis tahlil program diserikan dengan santapan ilmu oleh wakil haluan palestin yang berkongsi pengalaman semasa berada dalam kapal MARMARA yang merupakan misi bantuan kepada warga Palestin. Santapan ilmu tersebut berlangsung selama 2 jam dimana berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Galeri Foto

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.