MAJLIS PERASMIAN KPTM KAMPUS CAWANGAN SEMPORNA

MARA membuka lembaran baru di dalam sektor pendidikannya dengan tertubuhnya Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kampus Cawangan Semporna. KPTM Kampus Cawangan Semporna merupakan kampus cawangan ke-lapan KPTM dan merupakan kampus cawangan pertama di luar semenanjung Malaysia.

 

KPTM Kampus Cawangan Semporna ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 9 Ogos 2010 yang lalu. Di dalam ucapannya YB Menteri berkata kewujudan KPTM di daerah ini merupakan gambaran toleransi dalam memberi pilihan kepada remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran.

 

“Kesungguhan KPTM memainkan peranan dalam kesinambungan pendidikan secara tidak langsung dapat memenuhi tuntutan Negara dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam memperbaiki ketidakseimbangan pendidikan serta sosio-ekonomi rakyat,” katanya.

 

Majlis turut dihadiri YBhg. Dato’ Haji Yusof bin Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA serta YBhg. Dato’ Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi KPTM serta YBhg. Dato’ Yusoff bin Harun, Rektor KPTM.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.