MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOLEJ MARA BANTING SESI 2008/2010

Para graduan Kolej MARA Banting

 

Seramai 297 orang pelajar Kolej MARA Banting Sesi 2008/2010 telah dianugerahkan Diploma International Baccalaureate (IB). Encik Ahmad Zubir Abd Ghani, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyampaikan diploma ini kepada para pelajar di satu majlis yang telah diadakan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Ogos yang lalu.

Adik Nur Wahidah Wahid telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Seri Perdana selaku pelajar terbaik dengan memperolehi mata penuh IB iaitu 45 mata. Manakala, seramai lima orang pelajar turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik atas pencapaian cemerlang dengan memperolehi 42 hingga 44 mata. Selain itu, beberapa anugerah khas turut diberikan pada majlis tersebut iaitu Anugerah Kepimpinan yang diterima oleh adik Muhamad Farzan Mohamad Fadhlillah, Anugerah Khidmat Masyarakat, adik Muhamad Rozaimi Mohamad Rashid dan Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan iaitu adik Nur Wahidah Wahid.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.