SAMBUTAN KEMERDEKAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA(KPM) & KOLEJ MARA(KM) 2010

Pertandingan nyanyian lagu patriotik.

6 – 8 Ogos 2010. Sambutan Kemerdekaan telah diadakan pada setiap tahun bersempena ulang tahun kemerdekaan Negara kita sebagai acara kemuncak memperingati peristiwa keramat 31 Ogos yang disambut oleh semua warga Malaysia.

Sambutan Kemerdekaan KPM & KM telah menjadi acara tradisi kepada KPM & KM seluruh negara yang disambut setiap tahun. Ia menjadi wadah kepada warga KPM & KM memperlihatkan rasa penghargaan kepada wira-wira negara yang telah berkorban menggadai nyawa mempertahankan negara serta menuntut kemerdekaan. Kolej Profesional MARA Bandar Penawar diberi perhormatan untuk menganjurkan Sambutan Kemerdekaan KPM & KM bagi tahun 2010 ini. Tuan Haji Azmi Muhammad telah sudi hadir merasmikan Majlis Sambutan Kemerdekaan KPM ini. Majlis bermula 6 Ogos 2010 hingga 8 Ogos 2010. Pada kesempatan  ini juga Pengkisahan Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Tanah Air  telah  berikan oleh Prof Datuk Dr Ramlah Adam yang mana untuk membangkitkan semangat kemerdekaan dikalangan warga KPM.

Sesi bergambar dengan tetamu.

Secara keseluruhan peserta KPM & KM telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan. Dengan adanya Sambutan Kemerdekaan seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat pelajar untuk menyemai rasa cinta terhadap Negara. Pertandingan yang diadakan ini mampu memupuk semangat persaingan yang sihat dikalangan pelajar untuk mencapai kejayaan.

Semangat juang yang tinggi ini, diharapkan pada masa-masa akan datang di dalam program yang sama, peserta-peserta KPM & KM dapat mengulangi kejayaan dan terus maju demi agama, bangsa dan negara.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.