LAWATAN KERJA YB DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL, MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH KE FITEC

YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal ketika melancarkan program My Kitchen di Galeri FITEC bersempena Lawatan Kerja YB Menteri KKLW ke FITEC pada 3 Ogos 2010 bertempat di FITEC.

YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Pembangunan Perabot (FITEC) di Batu Caves, Selangor pada 3 Ogos 2010 yang lalu. FITEC merupakan anak syarikat MARA yang bertanggung jawab membangunkan usahawan Bumiputera dalam bidang perabot. Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk melihat secara dekat perkembangan dan aktiviti FITEC serta berbincang mengenai strategi terkini bagi memajukan usahawan Bumiputera dalam industri perabot. Turut serta mengiringi beliau dalam lawatan kerja ini ialah YBhg.Datuk Abd. Jabar Che Nai, Ketua Setiausaha KKLW, YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA dan YBhg. Dato’ Ibrahim Muhamad, Ketua Pengarah MARA.

Semasa lawatan ini, YB Menteri berkesempatan melancarkan program My Kitchen di Galeri FITEC. Beliau turut melawat makmal Pusat Pengujian Perabot FITEC yang menyediakan peralatan terkini dan canggih untuk memudahkan pengeluar perabot Bumiputera melakukan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Selain itu, YB Menteri turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara FITEC dengan beberapa pihak iaitu Boustead Naval Shipyard, SIRIM Bhd. dan juga My Kitchen Venture. Selepas ucapaca menandatangani MoU itu, beliau turut menyampaikan Geran Promosi Matrade (MDG Grant) kepada 14 orang usahawan Bumiputera yang terlibat dalam program pemasaran perabot ke Bangladesh.

Galeri Foto

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.