MAJLIS PERASMIAN BAZAR MARA SUNGAI KOYAN

Perasmian Bazar Sg. Koyan.

Usaha MARA dalam membangunkan masyarakat luar bandar dengan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat melalui penyediaan ruang-ruang infrastruktur perniagaan diteruskan lagi dengan terbinanya Bazar Mara Sungai Koyan.

 

Bazar MARA Sungai Koyan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Adnan bin Haji Yacob, Menteri Besar Pahang pada 24 Julai 2010 bertempat di Perkarangan Bazar MARA Sungai Koyan, Lipis, Pahang. Di dalam ucapannya, YAB Menteri Besar Pahang berharap agar penduduk sekitar Sungai Koyan mengambil peluang yang disediakan MARA ini dalam memacu pertumbuhan ekonomi sekitar dan seterusnya sebagai titik permulaan dalam menerokai peluang-peluang  perniagaan yang lebih besar pada masa hadapan.

 

Majlis turut dihadiri YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, YB Dato’ SK Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail, Exco Kerajaan Negeri Pahang serta YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA.

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.