KARNIVAL USAHAWAN DESA(KUD) 2010

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 hingga 25 Julai bertempat di perkarangan tempat letak kereta B dan C Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin pada 24 Julai 2010. Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.  Karnival tersebut juga diserikan dengan program Simposium selama dua hari dari 22 hingga 23 Julai 2010 antaranya program ceramah dan perkongsian ilmu oleh usahawan-usahawan yang berjaya dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam melahirkan usahawan yang berjaya. 

 

Simposium ini juga  bertujuan untuk menghebahkan program-program, aktiviti-aktiviti serta kemudahan-kemdahan berkaitan dengan usahawan kepada usahawan luar bandar. Semasa perasmian oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin seramai 5000 orang peserta telah bersama-sama mendengar ucapan Yang Amat Berhormat yang sarat dengan harapan buat usahawan-usahawan bumiputera supaya merebut peluang dan ruang yang ada dalam perniagaan di Malaysia.

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.