MAJLIS PELANCARAN PERNIAGAAN KOMPLEKS GURNEY

Penyampaian cederahati ketika Majlis Pelancaran Perniagaan Kompleks Gurney.

MARA dengan kerjasama Koperasi Niaga Glokal Malaysia Berhad selaku ”Master Tenant” Kompleks Gurney telah menganjurkan Majlis Pelancaran Perniagaan Kompleks Gurney, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2010 yang lalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Abd Rahim bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA.

 

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai simbolik bermulanya operasi perniagaan di Kompleks Gurney yang merupakan salah satu infrastruktur perniagaan milik MARA. Majlis turut dihadiri YBhg. Dato’ Musa bin Muhamad selaku Penasihat Koperasi Niaga Glokal Malaysia Berhad, Ahli-ahli Pengurusan MARA serta YBrs. Encik Roslan bin Abd Ghani, Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.