YB MENTERI BERSAMA WARGA MARA

YB Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) bersalaman dengan warga kerja MARA bersempena dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2009 di PWTC.

MARA telah menganjurkan satu perjumpaan khas di antara YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dengan warga kerja MARA bersempena dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2009. Majlis bersejarah ini diadakan pada 1 Julai 2010 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur melibatkan hampir 1000 orang anggota kerja MARA daripada pelbagai peringkat.

 Turut hadir pada perjumpaan khas ini ialah YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Timbalan Menteri KKLW, YBhg. Dato’ Abd Jabar bin Che Nai, Ketua Setiausaha KKLW dan YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA. Dalam ucapannya, YB Menteri mengingatkan agar warga kerja MARA terus berjuang untuk memajukan kaum Bumiputera dan berusaha mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi untuk memastikan amanah rakyat dapat terus dilaksanakan sebaik mungkin.

Pada majlis tersebut, YB Menteri menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2009 kepada 186 penerima di Peringkat Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, beliau juga turut meraikan kejayaan Tuan Haji Albakri bin Haji Alias, Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Kanan) IKM Lumut kerana terpilih menerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2010 Peringkat Kebangsaan.

Anugerah Pekerja Cemerlang 2010

Tuan Haji Albakri bin Haji Alias (kanan), Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Kanan), Institut Kemahiran MARA Lumut, dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2010 Peringkat Kebangsaan.

Tuan Haji Albakri bin Haji Alias, Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Kanan), Institut Kemahiran MARA Lumut, dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2010 Peringkat Kebangsaan sempena Perhimpunan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia pada 8 Mei 2010. Anugerah itu adalah antara sebelas (11) kategori anugerah yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri.

Profil

• Graduan seni bina Institut Kemahiran MARA, Sungai Petani, Kedah (1977-1979) dan pernah bertugas di beberapa buah firma arkitek di Kuala Lumpur.

• Memperoleh pendidikan di Sam Houston State University, Huntsville, Texas, America (pedagogy) dan di Swansea Institute of Higher Education, Wales, United Kingdom (HND Design Technology).

• Pernah mengikuti kursus penyeliaan tapak (bangunan dan arkitek) anjuran CIDB tahun 2008 dan kini merupakan salah seorang pakar industri negara (JPK) dalam bidang bangunan dan pembinaan.

• Aktif dalam aktiviti berpersatuan dan merupakan seorang jurulatih muzik tradisional yang bertauliah. Beliau juga merupakan jurulatih seni budaya negara negeri Perak di bidang muzik tradisional dan pernah menjadi hakim bagi pertandingan muzik tradisional (kompang) di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

• Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MARA tahun 1996, 2005 dan Penghargaan Cemerlang MARA tahun 2000, 2006, 2007, 2008 dan 2009. Ini merupakan antara bukti kecemerlangan perkhidmatan yang telah beliau lakarkan sepanjang kerjaya bersama MARA.

• Pernah bertugas sebagai sukarelawan semasa Sukan Komanwel 1998 dan aktif sebagai fasilitator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi Modul Penghayatan Sastera dan Budaya mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Aktif dalam kegiatan belia di daerah Seri Manjung, Perak dan kini adalah jurulatih klinik kompang Rakan Muda Parlimen Lumut, Perak mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seri Manjung, Perak.  Penerima Anugerah Belia Negara 2000 juga merupakan antara bukti kecemerlangan bagi kegiatan belia.

• Pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Projek Ekspedisi Menawan Puncak Gunung Kinabalu 2006 mewakili KKTM Pasir Mas, Kelantan. Misi menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu telah terlaksana pada 1 April 2006.

Galeri Foto

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.