LOGO BAHARU KPTM

Dari kiri Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Timbalan Menteri KKLW), YB Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal (Menteri KKLW), Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad (TKPP MARA), Dato’ Haji Yusoff bin Harun (Rektor KPTM) dan YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan (Pengerusi KPTM) ketika Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Logo Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) pada 22 Jun 2010 bertempat di Dewan Besar KPTM Kampus Cawangan Bangi.

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Logo Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) pada 22 Jun 2010 bertempat di Dewan Besar KPTM Kampus Cawangan Bangi.

KPTM terus melakukan transformasi dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi kualiti dan kali ini logo KPTM yang lebih kontemporari diperkenalkan. Selain perubahan luaran dari bentuk logo dan warna rasmi baharu KPTM, perubahan dalaman juga akan dilakukan antaranya menerusi kajian semula semua kursus-kursus yang ditawarkan bagi memastikan ia relevan dengan kehendak pasaran semasa. KPTM merupakan milik penuh MARA yang ditubuhkan pada 2003 dan menawarkan kursus teknologi maklumat, perakaunan, sains komputer, pengurusan perniagaan dan sains kesihatan.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.