MENGHARGAI CURAHAN BAKTI WARGA PENDIDIK

Dari kiri, Puan Nursiah Arshad (TKSU KKLW), YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Timbalan Menteri KKLW), YB Dato' Seri Haji Mohd. Shafie (Menteri KKLW), YBhg. Dato' Ibrahim Muhamad (Ketua Pengarah MARA) dan YB Norol Azali Sulaiman (Ahli Majlis MARA) ketika merasmikan gimik pelancaran Sambutan Hari Pendidik MARA 2010.

Sambutan Hari Pendidik MARA 2010 telah berlangsung pada 17 Jun 2010 bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan ‘Pendidik Inovatif, Generasi Bestari’ merupakan manifestasi penghargaan dan penghormatan terhadap curahan jasa dan bakti para pendidik di seluruh Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Tuan Haji Ramli bin Haji Ismail telah dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik MARA 2010.

Pada sambutan kali ini, Tuan Haji Ramli bin Haji Ismail telah dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik MARA 2010. Penganugerahan ini bagi menghargai jasa beliau yang berterusan terhadap perkembangan pendidikan dan pembangunan modal insan terutamanya di bawah MARA.

Antara sumbangan beliau adalah;

• Menjadi nadi penggerak program Gifted and Talented menerusi pelaksanaan program MRSM seperti yang tercatat dalam Batik Paper (1972) untuk menghasilkan pelajar yang berdikari, berketerampilan dan cemerlang terutamanya dalam bidang sains.

• Merancang dan membentuk Program Pendidikan Jarak Jauh Pertama bagi menyahut seruan Ketua Pengarah MARA ketika itu untuk membantu pelajar-pelajar awam yang tidak berjaya

• Perancang Program Matrikulasi/Asasi Pertama Dalam Sistem Pendidikan MARA.

• Melaksanakan secara praktikal program MRSM yang terbeza di MRSM Kuantan, dimana pelajar tidak memakai uniform sekolah dan belajar mengikut waktu anjal serta mengikut keselesaan masing-masing (1974-1978).

Senarai Penerima Anugerah Pendidik MARA 2010

Kategori GIATMARA

Penerima : Norazlan bin Jamaludin           

Institusi : GIATMARA Kuala Pilah

Kategori  MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)                                      

Penerima : Zakiah binti Jaafar                   

Institusi : MRSM Pengkalan Chepa

Kategori Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Penerima : Asrul Azamin bin Masiron

Institusi : MRSM Pontian                         

Penerima : Mazlan bin Bostami

Institusi : MRSM Merbok

Penerima : Ainan binti Sulaiman

Institusi : MRSM Terendak

Kategori Kolej MARA

Penerima : Dr. Sa’adiah binti Abdul Rahman

Institusi : Kolej MARA Banting

Kategori Institut Kemahiran MARA (IKM)   

Penerima : Abd. Hamid bin Maree

Institusi : IKM Kuala Lumpur

Kategori Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)                                               

Penerima : Arifah binti Amri

Institusi : KKTM Pasir Mas

Kategori Kolej Profesional MARA (KPM)

Penerima : Ismanor Fahmi bin Ismail

Institusi : KPM Bandar Penawar

Kategori Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)   

Penerima : Muhammad bin Maharoff

Institusi : KPTM Kuala Lumpur

Kategori German Malaysian Institute (GMI)

Penerima : Azmi bin Mohamad                 

Institusi : German Malaysian Institute

Kategori Universiti Kuala Lumpur (UniKL)   

Penerima : Profesor Madya Dr. Shamsul Anuar Mokhtar

Institusi : UniKL-MIIT (Malaysian Institute of Information Technology)

Penerima : Datin Nor Hafizah binti Ismail   

Institusi : UniKL-MIIT (Malaysian Institute of Information Technology)

Galeri Foto

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.