PROGRAM CSR REBUNG MRSM SE-MALAYSIA 2010

YBhg. Puan Noorizah Hj Abd Hamid (Pengarah Urusan PLUS) ketika melawat pameran pelajar MRSM bersempena Program CSR Rebung Kali Ke-5 bertempat di MRSM FELDA, Trolak pada 14 hingga 20 Jun 2010.

Program CSR Rebung Kali Ke-5 telah berjaya dianjurkan melalui kerjasama antara Institut Integriti Malaysia (IIM), Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah MARA dan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT). Program ini telah diadakan di MRSM FELDA, Trolak pada 14 hingga 20 Jun 2010.

Melalui program khidmat masyarakat seperti ini, MARA berharap dapat membudayakan pelajar-pelajar MRSM dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti secara praktikal. Seramai 440 orang pelajar dari 42 buah MRSM dan sekolah antarabangsa terlibat dalam program ini.

Selain itu, Bengkel Pemantapan Kepimpinan Berintegriti 2010 turut dianjur dengan melibatkan Pengetua MRSM, Pengarah Kolej MARA, Pengarah Kolej Profesional MARA serta Yang DiPertua MUAFAKAT setiap pusat. YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA turut hadir di Majlis Makan Malam bengkel kepimpinan ini pada 19 Jun 2010.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.