PERASMIAN KOMPLEKS CENTRUM MENGHIASI MALAM APPM ‘09

Kompleks Centrum Setiawangsa dirasmikan pada 10 Jun 2010 oleh YB Dato' Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah mewakili YB Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Majlis Perasmian Kompleks Centrum Setiawangsa dan Anugerah Penyewa Premis Perniagaan MARA (APPM) 2009 telah berlangsung dengan meriah pada 10 Jun 2010 bertempat di Dewan Centrum, Kompleks Centrum Setiawangsa, Kuala Lumpur. YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah mewakili YB Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bagi menyempurnakan majlis tersebut. 

Kompleks Centrum merupakan salah sebuah premis perniagaan MARA yang menawarkan kemudahan penyewaan dewan bagi majlis-majlis keramaian dan kemudahan lot perniagaan meliputi pelbagai jenis perniagaan seperti restoran, butik pakaian, andaman dan perkahwinan serta penjagaan kesihatan. 

Bersempena majlis perasmian kompleks ini, MARA turut mengambil kesempatan menyampaikan Anugerah Premis Perniagaan MARA (APPM) 2009. APPM merupakan acara tahunan MARA yang telah diadakan sejak tahun 1998 lagi. Melalui penganugarahan ini, ia diharapkan dapat menggalakkan penyewa-penyewa premis perniagaan MARA memajukan perniagaan masing-masing seterusnya meningkatkan keupayaan dan prestasi perniagaan mereka. 

Senarai Pemenang APPM 2009 

Peringkat Kebangsaan 

  

1. Kategori Kawasan Industri MARA (KIM) 

Pertama: Dayang Salhah Enterprise 

                    Pengeluar dan Pembekal Kek Lapis 

                    Premis-KIM Kuching 

Kedua :  Beard Juggling Sdn Bhd 

                  Pengeluar Getah Polymer 

                  Premis-KIM Mah Sing, Selangor 

Ketiga :  DSA Dynamics Sdn Bhd 

                  Pengeluar Produk Plastik 

                  Premis-KIM Bukit Kor, Terengganu 

2. Kategori Kompleks/Lot Komersial 

Pertama : Fragrance Factor 

                     Produk Kosmetik Wanita Anita Fragrance 

                     Premis-Lot komersil Wisma Merdeka, Kota Kinabalu 

Kedua  : Su Ail Kenari 

                  Restoran 

                  Premis-Lot Komersial Perangin Mall, 

                  Pulau Pinang 

3.Kategori Arked 

Pertama : Akademi Kecantikan Noori Sdn Bhd 

                     Pusat Kecantikan Wanita 

                     Premis- Plaza Kuala Terengganu 

Kedua : AMF Communication 

                Kedai Alat Telekomunikasi dan Percetakan 

                Premis -Plaza keningau, Sabah 

Ketiga : Nasi Ayam D’Hailam 

                Restoran Nasi Ayam 

                Premis – Arked Sg Udang, Melaka 

  

4. Kategori Rumah Kedai/Bazar/Bengkel 

Pertama : PTA First (M) Sdn Bhd 

                     Kedai Barangan Elektrik 

                     Premis- Bazar Kg Raja, Besut 

Kedua : NGV Auto Services 

                Bengkel pemasangan NGV 

                Premis -Bengkel Langkasuka, Johor Bahru 

Ketiga : Zammas Express Niaga 

                Percetakan 

                Premis – Kedai Bandar Perda, Pulau Pinang

Galeri Foto

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.