LAWATAN KERJA YB MENTERI KE UniKL-RCMP DAN MIMET

YB Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri KKLW melawat 10 orang kanak-kanak dari Perkambungan Orang Asli Kampong Tonggang dan Ulu Kinta yang mengikuti program khatan beramai-ramai di RCMP.

Lawatan Kerja YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ke Universiti Kuala Lumpur – Royal College of  Medicine Perak  (UniKL-RCMP) dan Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET) telah diadakan pada 3 Jun 2010.

YB Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri KKLW ketika melawat MIMET.

Kehadiran YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri KKLW  turut diiringi YBhg. Datin Hajah Datuk Seri Shuryani binti Shuaib, YB Dato Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), YB Datuk Dr. Adham bin Baba, Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), YBhg. Puan Nursiah binti Arshad, Timbalan Ketua Setiausaha KKLW dan YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA. Semasa majlis tersebut, YB Menteri turut meluangkan masa melawat 10 orang kanak-kanak yang mengikuti program khatan beramai-ramai di RCMP. Kesemua kanak-kanak ini adalah dari Perkambungan Orang Asli Kampong Tonggang, Ulu Kinta dan dibiayai sepenuhnya oleh RCMP.

Bersempena lawatan kerja ini, YB Menteri berkesempatan menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman antara UniKL dan Vinayaka Missions University (VMU), India. Manakala semasa lawatan di MIMET, YB Menteri turut menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen antara UniKL dan Alam Ship Management Sdn. Bhd serta Envirogreen Solutions Sdn. Bhd.

Galeri Foto Lawatan Kerja Menteri KKLW ke UNIKL (RCMP)

Galeri Foto Lawatan Kerja Menteri KKLW ke UNIKL (MIMET)

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.