PUSAT SUMBER KERJAYA ‘ROAD SHOW’ & TEMUDUGA TERBUKA

Encik Shahrul Faizal Sharudin, Penolong Pengurus PERODUA dan Zul Haizad Zainal, Eksekutif Sumber Manusia PERODUA ketika sesi temuduga jawatan Perantis Penasihat Servis PERODUA dengan pelajar-pelajar IPMa.

Pusat Sumber Kerjaya (PSK) MARA meneruskan usaha menjelajah ke Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta dan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) untuk mendapatkan data terkini bagi tujuan pengesanan graduan dan membantu penempatan kerja.

Setakat Jun 2010, PSK telah mengumpul data  lebih kurang 3,000 pelajar tajaan MARA tahun akhir. Data pelajar ini akan disalurkan kepada industri atau syarikat yang memerlukan tenaga kerja di kalangan anak-anak didik MARA.

PSK juga telah bekerjasama dengan PERODUA Sales and Service Sdn. Bhd. dengan mengadakan sesi temu duga pelajar-pelajar MARA. Temu duga ini telah disertai oleh bekas pelajar dari IPMa dan IPTS tajaan MARA seperti IUCTT, GMI dan IKM. Selain daripada itu pelajar-pelajar tahun akhir GMI juga telah hadir untuk mengikuti temu duga bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Perantis Penasihat Servis di syarikat tersebut.

Program temuduga terbuka ini turut diadakan dengan syarikat multinasional dan industri lain untuk meningkatkan kebolehpekerjaan graduan MARA.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.