SIMPOSIUM USAHAWAN PKS DALAM 1MALAYSIA

Pengarah MARA Negeri Kelantan berucap ketika Simposium Usahawan Perusahaan Kecil Dan Serdahana (PKS) Dalam 1Malaysia pada 22 April 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama KOMITA Trading dan Gabungan NGO Negeri Kelantan telah menganjurkan Simposium Usahawan Perusahaan Kecil Dan Serdahana (PKS) Dalam 1Malaysia pada 22 April 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan.

Simposium ini bertujuan membincangkan hala tuju usahawan PKS dalam menghadapi Model Baru Ekonomi (MBE), liberalisasi pasaran terbuka serta sebagai platform kepada pihak terlibat untuk bertukar-tukar fikiran dalam memantapkan usahawan PKS di dalam bidang perniagaan. Simposium ini juga bermatlamat mencari penawar penyakit usahawan dan seterusnya membentuk rumusan konstruktif dalam usaha bersama memajukan Malaysia.

Majlis penutup simposium ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fatmi bin Haji Che Salleh, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.