ULU SEDAKA DIBERI BANTUAN & LATIHAN

YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) (Menteri JPM) menyampaikan sumbangan ketika Program Kemasyarakatan pada 10 April 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka, Yan Kedah.

GIATMARA telah merangka kerjasama erat dengan Yayasan Taqwa (MAIWP) bagi membantu mengubah kehidupan masyarakat kurang berkemampuan Ulu Sedaka, Yan ke arah membina kehidupan yang lebih baik.

Menerusi projek ini, 20 buah rumah terpilih telah dibaikpulih oleh pelatih-pelatih GIATMARA. Bagi meningkatkan taraf sosioekonomi pula, GIATMARA turut menawarkan program Latihan Menjana Pendapatan menerusi kursus jahitan pakaian serta kursus membaikpulih enjin bot dan gentian kaca. Ini merupakan program berterusan MARA dalam usaha membasmi kemiskinan penduduk luar bandar terutamanya di kalangan kaum Bumiputera.

 Selain itu, program khidmat masyarakat turut diadakan oleh GIATMARA dengan memberikan perkhidmatan menggunting rambut, membaiki kusyen dan servis motosikal secara percuma. Bagi menyampaikan informasi dan maklumat terkini kepada rakyat, agensi-agensi kerajaan berkaitan turut turun padang dengan mengadakan pameran dilokasi. Program lain yang diadakan termasuklah pemeriksaan kesihatan dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran JAKIM.

YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah merasmikan Program Kemasyarakatan ini pada 10 April 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka, Yan Kedah.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.