DIALOG YB MENTERI KKLW BERSAMA NGO PERNIAGAAN BUMIPUTERA

YB Dato' Seri Haji Shafie bin Haji Apdal, Menteri KKLW menyampaikan ucapan ketika Majlis Dialog YB Menteri KKLW bersama NGO Perniagaan Bumiputera pada 30 Mac 2010 bertempat di Dewan Multaqam, Maju Junction Mall, kuala Lumpur.

Usaha Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memantap dan memartabatkan Bumiputera dalam bidang keusahawanan diteruskan lagi dengan penganjuran Majlis Dialog YB Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Bersama Badan/Persatuan/Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Dan Bumiputera pada 30 Mac 2010 bertempat di Dewan Multaqam, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.

Seramai 150 orang terdiri daripada pegawai kanan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah serta pegawai kanan MARA, wakil-wakil NGO Perniagaan Melayu Dan Bumiputera telah menghadiri majlis dialog ini. Program ini menyediakan platform kepada pihak yang terlibat bertukar-tukar fikiran dalam menentukan hala tuju Bumiputera dalam bidang perniagaan serta mencari penyelesaian bagi isu-isu keusahawanan. YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Abd. Jabar bin Che Nai, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah serta YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA hadir pada majlis ini.

Galeri Foto

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.