KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2010

Dari kiri, YBhg. Datuk Mohamed Azahari Kamil (Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank), YBhg. Datuk Dr. Haji Yusof Haji Yaakob (Ahli Majlis MARA), YBhg. Dato’ Ibrahim Bin Muhamad (Ketua Pengarah MARA), YB Dato' Seri Idris Jusoh (Pengerusi MARA), YB Norol Azali Sulaiman (Ahli Majlis MARA) ketika merasmikan gimik pelancaran Majlis Perasmian Karnival Pendidikan MARA 2010 Peringkat Kebangsaan pada 12 Mac 2010 bertempat di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Tahun 2010 merupakan tahun ke-11 penganjuran Karnival Pendidikan MARA. Ia merupakan program tahunan yang menjadi pusat sehenti untuk para pelajar lepasan SPM dan golongan belia mendapatkan maklumat berkaitan peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Tirai Karnival Pendidikan MARA 2010 bermula dengan siri  penjelajahan di peringkat kebangsaan iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur mulai 12 hingga 14 Mac 2010. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA pada 12 Mac 2010 mewakili Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Sejumlah 98 buah institusi terutama yang mendapat tajaan MARA telah mengambil bahagian di PWTC dengan menawarkan pelbagai peluang melanjutkan pengajian bermula dari peringkat asas sehingga peringkat ijazah dalam pelbagai bidang. Melalui karnival ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)  seperti Kolej Profesional MARA (KPM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA  (KKTM) dan GIATMARA.

Karnival di PWTC berjaya menarik lebih 50,000 pengunjung yang mengambil peluang mendapatkan panduan dan maklumat pendidikan seterusnya membuat pilihan institusi bagi melanjutkan pengajian dalam kursus / bidang kerjaya yang diminati. Pelbagai aktiviti dan informasi diatur sepanjang karnival berlangsung. Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat runding cara daripada wakil IPTS, IPTA dan IPMa. Penjelajahan karnival pada tahun ini, diteruskan ke lima zon iaitu Sarawak, Sabah, Terengganu, Kedah dan Johor. Zon ini ditentukan melalui sistem penggiliran yang telah ditetapkan.

Karnival Pendidikan MARA 2010 :

Peringkat Kebangsaan

12 – 14 Mac 2010 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

 

Peringkat Zon Sarawak

19 – 20 Mac 2010 (Jumaat & Sabtu)

Pejabat MARA Negeri Sarawak,

Plaza Astana Petra Jaya, Kuching, Sarawak

 

Peringkat Zon Sabah

24 – 25 Mac 2010 (Rabu & Khamis)

Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah

 

Peringkat Zon Timur (Terengganu)

28 – 29 Mac 2010 (Ahad & Isnin)

Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu

 

Peringkat Zon Utara (Kedah)

3 – 4 April 2010 (Sabtu & Ahad)

Bangunan Dewan Majlis

Bandaraya Alor Setar, Tingkat 7, Alor Setar, Kedah

 

Peringkat Zon Selatan (Johor)

10 – 11 April 2010 (Sabtu & Ahad)

Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor

Galeri Foto

This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.