MAJLIS RAMAH MESRA YB MENTERI KKLW BERSAMA PELAJAR TAJAAN MARA

YB Dato' Seri Haji Shafie bin Haji Apdal, Menteri KKLW bersama pelajar-pelajar Tajaan MARA ketika Majlis Ramah Mesra YB Menteri KKLW bersama Pelajar Tajaan MARA pada 6 Mac 2010 bertempat di Dewan Mercu Idaman, German Malaysian Institute, kajang.

Majlis Ramah Mesra YB Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Bersama Pelajar Tajaan MARA telah diadakan pada 6 Mac 2010 bertempat di Dewan Gemilang Mercu Idaman, German Malaysian Institute, Kajang.

Kehadiran YB Dato’ Seri Haji Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah turut diiringi oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Abd. Jabar bin Che Nai, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah serta YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA.

Majlis ini diadakan selaras dengan hasrat YB Menteri untuk berdialog serta mendapat maklum balas daripada para pelajar supaya sistem penyampaian MARA dapat terus ditingkatkan dan usaha ini juga diyakini dapat merapatkan lagi hubungan MARA dengan pelajar-pelajar tajaannya. Seramai 700 orang pelajar tajaan MARA meliputi pelajar tajaan di luar negara, pelajar tajaan tahun akhir di IPTA/IPTS dalam negara serta pelajar-pelajar tahun akhir di Institusi Pendidikan MARA telah hadir pada majlis ini. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan orkestra daripada pelajar-pelajar International Baccalaureate Kolej MARA Banting.

Galeri Foto

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.