ERA BARU PEMERKAYAAN WARISAN KRAF KAYU

Pertukaran dokumen memorandum persefahaman dalam perkongsian maklumat dan kepakaran kraf kayu antara MARA dan Institut Teknologi Bandung (ITB) disaksikan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh (Pengerusi MARA) pada 3 Mac 2010 di ITB Bandung.

Satu bentuk kerjasama dalam perkongsian maklumat dan kepakaran dalam kraf kayu dimeterai antara MARA dan Institut Teknologi Bandung (ITB) pada 3 Mac 2010 di ITB Bandung.

Ikatan kerjasama ini direalisasikan menerusi penganjuran Kursus Master Craftmen. Kursus Master Craftmen yang berlangsung selama enam bulan dilaksanakan oleh MARA untuk meningkatkan keupayaan pengukir tempatan ke arah menjadikan mereka usahawan yang berjaya dalam perniagaan ukiran kayu. Bagi merealisasikan program ini MARA telah mengenal pasti 13 orang peserta untuk mengikuti program perintis pada April hingga Oktober 2010 di Fakultas Seni Rupa Dan Desain, ITB serta Pusat Perkembangan dan Pemberdayaan Pendidikan Dan Tenaga Kependidikan Seni Dan Budaya, Yogyakarta.

Kraf dan ukiran kayu merupakan kesenian Melayu yang telah melalui proses evolusi dan sewajarnya ilmu dan kemahiran ini diterokai dan dipelajari oleh komuniti kita dalam usaha pemerkayaan warisan ini.

Galeri Foto

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.